Demografi Bandar Raya New York

Perempuan Lenape, (Oklahoma, 1910) pewaris darah orang peribumi kawasan New York.
Sejarah kependudukan
TahunBil. penduduk
16984,937
17125,84018.3%
17237,24824.1%
173710,66447.1%
174611,7179.9%
175613,04611.3%
177121,86367.6%
179049,401126.0%
180079,21660.4%
1810119,73451.1%
1820152,05627.0%
1830242,27859.3%
1840391,11461.4%
1850696,11578.0%
18601,174,77968.8%
18701,478,10325.8%
18801,911,69829.3%
18902,507,41431.2%
19003,437,20237.1%
19104,766,88338.7%
19205,620,04817.9%
19306,930,44623.3%
19407,454,9957.6%
19507,891,9575.9%
19607,781,984−1.4%
19707,894,8621.5%
19807,071,639−10.4%
19907,322,5643.5%
20008,008,2889.4%
2009*8,391,8814.8%
Catatan: Perangkaan banci (1790-2009) meliputi kelima-lima daerah perbandaran, sebelum dan selepas penggabungan pada tahun 1898. Sumber: 1698–1771,[74] 1790–1890,[75][76] 1900–1990,[77] Banci 2000 dan *anggaran 2009.[1]
Perangkaan bandaraya berbanding negeri dan negara
Banci 2000[78]Bandaraya NYNegeri NYU.S.
Jumlah penduduk8,213,83918,976,457281,421,906
Peratusan perubahan penduduk (1990 hingga 2000)+9.4%+5.5%+13.1%
Kepadatan penduduk26,403/batu²402/batu²80/batu²
Median pendapatan isirumah (1999)$38,293$43,393$41,994
Pemegang ijazah sarjana muda ke atas27%27%29%
Kelahiran luar negara36%20%11%
Kulit putih (bukan Hispanik)35%62%67%
Kulit hitam28%16%12%
Hispanik (mana kaum)27%15%11%
Keturunan Asia10%6%4%

New York ialah bandaraya yang paling ramai penduduknya di Amerika Syarikat. Pada tahun 2010, Biro Banci Amerika Syarikat menganggarkan bahawa jumlah penduduk New York pada 1 Julai 2009 adalah 8,391,881 orang (meningkat dari 8.0 juta pada 2000 dan 7.3 juta pada 1990)[1][78]; ini bersamaan dengan 40% jumlah penduduk negeri New York. Ahli demografi menganggarkan bahawa jumlah penduduk New York bakal mencapai 9.2 hingga 9.5 juta pada tahun 2030.[79]

Dua ciri-ciri demografi yang penting di New York ialah kepadatan penduduk dan kepelbagaian etniknya. Pada tahun 2000, bandar raya ini mencatat kepadatan penduduk yang amat tinggi, iaitu 26,403 sebatu persegi (10,194/km²), iaitu 10,000 orang sebatu persegi lebih daripada bandaraya kedua terpadat di AS, iaitu San Francisco.[80] Kepadatan penduduk kaunti New York (Manhattan) sahaja adalah 66,940 orang sebatu persegi (25,846/km²), menjadikannya kaunti yang paling padat di Amerika Syarikat.[81][82]

Bandar Raya New York sememangnya pelbagai budaya. Selama sejarahnya, bandar raya ini menjadi pintu masuk utama untuk penghijrah; lebih 12 juta pendatang Eropah melalui Pulau Ellis dari tahun 1892 hingga 1924.[83] Menjelang tahun 1900, Bandar Raya New York mempunyai lebih ramai orang Itali daripada mana-mana kota di Itali kecuali Rom, lebih ramai orang Poland daripada mana-mana kota di Poland kecuali Warsaw, seramai orang Ireland dengan Dublin, dan lebih ramai orang Yahudi daripada mana-mana kota di dunia.[84] Istilah "melting pot" (wadah tumpuan) diperkanalkan untuk menghuraikan petempatan yang sangat padat dengan pendatang di Lower East Side.

Kira-kira 36% penduduk bandaraya ini lahir di luar negara.[85] Sepuluh negara terbesar yang menyumbang kepada penghijrahan ke New York pada masa kini adalah Republik Dominica, China, Jamaica, Guyana, Mexico, Ecuador, Haiti, Trinidad dan Tobago, Colombia dan Rusia. Kelompok-kelompok etnik terbesar di Bandar Raya New York ialah Afrika, Itali, Yahudi, dan Ireland.[86] Kawasan New York masih kekal sebagai pintu masuk metropolitan utama untuk pendatang yang diizinkan untuk memasuki Amerika Syarikat.[87]

Manhattan Chinatown

Kawasan metropolitan New York menjadi tempat tinggal masyarakat Yahudi terbesar di luar Israel, khususnya bandar rayanya sendiri yang mepunyai komuniti Yahudi terbesar di dunia.[88] New york juga menjadi tempat tinggal satu perempat golongan berketurunan Asia Selatan di negara,[89] dan masyarakat Amerika Afrika terbesar di kalangan semua bandaraya di AS, di samping juga memiliki masyarakat Cina terbesar di luar asia dengan kira-kira 660 ribu orang (pada tahun 2008).[90] Ramai juga orang berbangsa Puerto Rico dan Dominica yang menetap New York. Antara kelompok-kelompok etnik lain yang penting di sini ialah orang Itali yang berhijrah beramai-ramai ke bandar raya ini pada awal abad ke-20, dan juga Ireland, di mana satu daripada 50 warga New York yang berketurunan Eropah membawa tanda genetik tersendiri pada kromosom Y mereka yang diwarisi dari puak Niall Sembilan Sandera, seorang raja tinggi Ireland dari abad ke-5 M.[91] ataupun puak-puak yang berkaitan iaitu Uí Briúin dan Uí Fiachrach.[92]

Jurang pendapatan di Bandar Raya New York City amat besar. Pada tahun 2005, median pendapatan isirumah adalah $188,697 di kawasan banci terkaya, dan adalah $9,320 di kawasan termiskin.[93] Jurang ini diakibatkan oleh gaji yang sentiasa meningkat untuk golongan berpendapatan tinggi, tetapi terbantut untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Pada tahun 2006, purata upah mingguan di adalah $1,453, iaitu yang tertinggi di kalangan kaunti-kaunti terbesar di AS.[94] Daerah Manhattan juga mengalami ledakan kelahiran yang unik di kalangan bandaraya Amerika. Sejak tahun 2000, bilangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun yang tinggal di Manhattan meningkat 32% ke atas.[95]

Rujukan

WikiPedia: Bandar Raya New York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...